Wednesday, October 15, 2014

Datin Mina Cheah Foong

Datin Mina Cheah Foong






Nama: Datin Mina Cheah Foong
Syarikat: Rampai Niaga Sdn Bhd, The Body Shop


Latar Belakang



Datin mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun, beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom untuk belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan system engineering di university of Leeds, London.



Bagaimanakah Datin Mina Memulakan Perniagaannya


Ketika tinggal di England, setiap hujung minggu Datin Mina pergi ke Convent Garden di London. Di situ terdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering mengunjungi kedai itu untuk membeli barangan sendiri. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai segala aktiviti  kempen yang dianjurkan oleh The Body Shop. Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The Body Shop daripada rakan-rakannya yang berkunjung ke London. Oleh kerana minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk The Body Shop ke Malaysia. Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disember 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.

     Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10 tahun, Puan Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu.




Bagaimanakah Datin Mina Mengembangkan Perniagaan



       Selepas lebih 20 tahun terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina menyedari bahawa sebahagian besar daripada para pelanggan tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka diperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual melalui system parti seperti dilakukan syarikat Tupperware. Selain itu, strategi baru yang lain adalah jualan secara on-line dan melalui katalog seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih stabil dan kukuh.

        Di samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka tiga buah kedai kasut berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau membuka perniagaan itu adalah supaya dapat selalu berada di samping anak lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pelanggan.

          Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS Society (MBCA) beliau mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau berkempen menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu penderaan. Kempen-kempen itu membuktikan The Body Shop menghargai pelanggannya yang 90 peratu terdiri daripada golongan wanita.


Sebab Yang Saya Memilih Datin Mina Cheah Foong 


           Sebab saya memilih Datin Mina Cheah Foong di dalam blog saya kerana saya berasa amat hairan bahawa usahawan The Body Shop adalah seorang wanita yang berkaum cina. Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian.Beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Beliau tidak mudah dipengaruhi oleh factor luaran seperti khabar angin atau rumusan yang tidak sihat dan sebaliknya beliau menganggap ini sebagai cabaran dalam menuju kea rah kejayaan dan pencapaiannya. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang yakin terhadap kebolehan dirinya. Ciri ni boleh dinampak dari beliau bahawa beliau yakin pengusahaannya dapat capai dan berjaya walaupun beliau merupakan seorang usahawan wanita.














No comments:

Post a Comment