Tuesday, October 14, 2014

Artikel tentang keusahawanan



Artikel Pertama


Ciri-Ciri Usahawan Yang Berjaya
 
Bottom of Form
Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:
Petikan dari majalah Sukses - 10 September 09

1.Keperluan Untuk Kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2.Hasrat untuk menerima hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3.Bebas dari aspek fikiran dan tindakan

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4.Menyelesaikan masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5.Sering mengharapkan masa depan yang baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6.Mencari persekitaran yang baik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7.keupayaan mempraktikkan sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8.Tampuk Kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9.Kepercayaan timbal balik dengan orang lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10.keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11.Kesediaan menerima tanggungawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12.Keupayaan mencuri peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13.Mempunyai cita-cita lebih tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14.Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15.Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16.Berperasan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17.Berorientasikan perancangan

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18.Menyedari  keperluan menggunakan agensi dan maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19.Menetapkan matlamat

Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20.Ubah suai pentadbiran

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21.Kemahiran pengurusan

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22.Rasa kemanjuran

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh Berjaya.

23.Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24.Kuat berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25.Pandai membuat keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya




Artikel Kedua 


Rahsia kejayaan usahawan berjaya


Artikel ini mengulas tentang rahsia mengenai kejayaan seorang usahawan yang berjaya. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita seharusnya memiliki rahsia kejayaan yang tersendiri untuk memastikan kita mencapai matlamat yang diinginkan di dalam sesuatu perniagaan. Antara rahsia kejayaan yang boleh dikongsi dari artikel ini ialah pertama bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Kedua, Sediakan strategi dan perancangan dalam perniagaan anda. Ketiga, membuat perancangan dan mestilah komited dengan perancangan yang dibuat. Keempat, jangan sesekali mengabaikan pelanggan dan seterusnya. Ada pelbagai lagi rahsia yang kita boleh jadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang usahawan yang mendapat tempat di hati masyarakat. Kita juga boleh melihat beberapa contoh rahsia kejayaan dari dua orang tokoh usahawan iaitu Datuk Seri Dr Tony Fernandes berkata untuk menentukan sesuatu kejayaan, sikap yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Begitu juga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi dan cekal dalam setiap usahanya sehingga telah membuahkan hasil terutamanya mengeluarkan diri dan keluarga dari kepompong kemiskinan.

Bercerita tentang Datuk Seri Dr Tony Fernandes, beliau telah dipilih sebagai Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 oleh majalah perniagaan, Forbes Asia. Ketua Forbes Asia iaitu Tim Ferguson berkata Tony menjadi ahli perniagaan Malaysia dan juga Asia Tenggara pertama menerima anugerah yang berprestij itu. Dia memberitahu lagi bahawa ikon penerbangan itu dipilih kerana memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah di rantau ini dan menjadikan AirAsia sebagai jenama global terkemuka. Tony Fernandes juga telah  melakukan transformasi dalam landskap penerbangan sejak mengambil alih AirAsia yang berdepan masalah kerugian pada 2001.Beliau kemudian memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah menerusi falsafah korporatnya, iaitu Kini semua orang boleh terbang.  Tony Fernandes juga  turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC).

Sikap Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary  yang komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi dan cekal dalam setiap usahanya sehingga membuahkan hasil terutamanya mengeluarkan diri dan keluarga dari kepompong kemiskinan. Dengan sikap yang dimilikinya tidak mustahil bagi dirinya untuk mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini kerana hanya segelintir orang sahaja yang memiliki sikap seperti itu. Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal di peringkat tinggi, ternyata beliau luas dalam pengalaman hidup terutama jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi gurunya sehingga dicatatkan sebagai Melayu terkaya di negara ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak. Jasa dan bakti beliau terus mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai pihak atas sumbangannya menerusi sektor perdagangan dan korporat, juga kebajikan menerusi yayasan. Lantaran ketokohan beliau dalam bidang pengkoporatan dan kemasyarakatan serta khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara, beliau akhirnya telah dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang 2009.



Artikel Ketiga


Kelebihan Menjadi Usahawan Berjaya dan Halangannya


Pada umumnya, usahawan itu akan membangunkan perusahaan sendiri dengan satu alasan iaitu, ‘keinginan tentang kekuasaan’. Mereka yakin bahawa dengan mempunyai kuasa, mereka dapat melakukan segala-galanya dengan lebih lancar dan lebih efektif serta berjaya. Kuasa yang dimaksudkan itu sebenarnya mencerminkan bahawa keusahawanan memberi mereka kebebasan bertindak dan membuat keputusan kendiri, yakni kebebasan mengawal diri, mengatur waktu, dan mengatur aktiviti-aktiviti perniagaan sendiri berbanding dengan bekerja di pejabat. Pada pendapat mereka, bekerja di pejabat rutin hariannya membosankan, birokrasinya panjang dan kaku, dan suasana kerja yang tidak selesa.

Golongan usahawan pula berpegang pada prinsip bahawa usahawan yang berjaya mampu meningkatkan taraf hidup dan rasa hormat masyarakat kepadanya serta keluarganya. Masyarakat memandang tinggi apabila meluhat seseorang yang menjalankan urus niaga tersebut berjaya dalam kerjayanya. Oleh sebab itu, motif lain yang mendorong seseorang menceburi dunia keusahawanan adalah untuk mendapatkan rasa hormat diri, sekaligus meningkatkan imej sosialnya.

Banyak usahawan yang memiliki perniagaan sendiri tidak perlu memikirkan elemen kenaikan pangkat atau gaji. Sebaliknya, faktor keuntungan dan kerugianlah yang menjadi pertaruhan mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai pertimbangan samada mampu atau tidak perniagaan itu dikendalikan dengan baik dan menguntungkan ataupun sebaliknya. Andainya perniagaan yang diusahakan menemui kegagalan, mereka tidak berputus asa, sebaliknya mereka memikirkan tindakan alternative untuk memulihkannya.

Golongan usahawan pula berpegang pada prinsip bahawa usahawan yang berjaya mampu meningkatkan taraf hidup dan rasa hormat masyarakat kepadanya serta keluarganya. Masyarakat memandang tinggi apabila meluhat seseorang yang menjalankan urus niaga tersebut berjaya dalam kerjayanya. Oleh sebab itu, motif lain yang mendorong seseorang menceburi dunia keusahawanan adalah untuk mendapatkan rasa hormat diri, sekaligus meningkatkan imej sosialnya.













1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete