Artikel Pertama
Ciri-Ciri
Usahawan Yang Berjaya
Bottom of Form
Adakah
anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk
mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.Terdapat
beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:
Petikan
dari majalah Sukses - 10 September 09
1.Keperluan
Untuk Kejayaan
Usahawan
sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia
sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2.Hasrat
untuk menerima hasrat
Seseorang
usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang
sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi
kepuasan kepadanya.
3.Bebas
dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan
tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan
cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut
dilakukan.
4.Menyelesaikan
masalah
Seseorang
usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia
tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia
mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian
menyelesaikannya satu persatu.
5.Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan
sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering
berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.
6.Mencari
persekitaran yang baik
Untuk
menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari
persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
7.keupayaan
mempraktikkan sesuatu
Satu
formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia
tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadikan ideanya satu kenyataan.
8.Tampuk
Kawalan
Seorang
usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya.
Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus
pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka
bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal
perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh
keuntungan.
9.Kepercayaan
timbal balik dengan orang lain
Asas
bagi perniagaan ialah saling
mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya,
percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara
ini dengan penuh kebijaksanaan.
10.keyakinan
terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini
sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan
menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu
bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.
11.Kesediaan
menerima tanggungawab
Usahawan
itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan,
dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya
pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.
12.Keupayaan
mencuri peluang
Usahawan
bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan
atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti
peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan
berjaya.
13.Mempunyai
cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya
manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk
lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi
apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.
14.Konsep
diri yang positif
Seorang
usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat
sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap
peluang sebagai masalah.
15.Belajar
dari keputusan
Seseorang
usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan
tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya.
Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan
perniagaan atau membuat keputusan penting.
16.Berperasan
tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan
berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya.
Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau
produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi
perniagaannya.
17.Berorientasikan
perancangan
Usahawan
menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia
perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk
meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh
dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku
dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa
dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana
inilah kunci segala perancangan.
18.Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan
memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan
dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang
usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi
sebaik mungkin.
19.Menetapkan
matlamat
Usahawan
fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup.
Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu.
Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha
yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia
akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak
menuju kejayaan.
20.Ubah
suai pentadbiran
Seseorang
usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan
menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan
kakitangan.
21.Kemahiran
pengurusan
Pengurusan
perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan
sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang,
mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
22.Rasa
kemanjuran
Semangat
yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh
pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut,
dialah yang boleh Berjaya.
23.Kepimpinan
Usahawan
adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan
pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam
masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya
berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
24.Kuat
berusaha
Seseorang
usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa
mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.
25.Pandai
membuat keputusan
Usahawan
pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan
lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka
menggunakan gerak hati.
"
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja
tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
Adakah
anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan
ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi
seorang usahawan berjaya
Artikel Kedua
Rahsia
kejayaan usahawan berjaya
Artikel
ini mengulas tentang rahsia mengenai kejayaan seorang usahawan yang berjaya.
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita seharusnya memiliki rahsia
kejayaan yang tersendiri untuk memastikan kita mencapai matlamat yang
diinginkan di dalam sesuatu perniagaan. Antara rahsia kejayaan yang boleh
dikongsi dari artikel ini ialah pertama bergaul dengan segenap lapisan
masyarakat. Kedua, Sediakan strategi dan perancangan dalam perniagaan anda.
Ketiga, membuat perancangan dan mestilah komited dengan perancangan yang
dibuat. Keempat, jangan sesekali mengabaikan pelanggan dan seterusnya. Ada
pelbagai lagi rahsia yang kita boleh jadikan sebagai panduan untuk menjadi
seorang usahawan yang mendapat tempat di hati masyarakat. Kita juga boleh
melihat beberapa contoh rahsia kejayaan dari dua orang tokoh usahawan iaitu
Datuk Seri Dr Tony Fernandes berkata untuk menentukan sesuatu kejayaan, sikap
yang fokus kepada sesuatu projek adalah
suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko. Begitu juga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
yang komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi dan cekal dalam setiap
usahanya sehingga telah membuahkan hasil terutamanya mengeluarkan diri dan
keluarga dari kepompong kemiskinan.
Bercerita
tentang Datuk Seri Dr Tony Fernandes, beliau telah dipilih sebagai Tokoh
Perniagaan Terbaik 2010 oleh majalah perniagaan, Forbes Asia. Ketua Forbes Asia
iaitu Tim Ferguson berkata Tony menjadi ahli perniagaan Malaysia dan juga Asia
Tenggara pertama menerima anugerah yang berprestij itu. Dia memberitahu lagi
bahawa ikon penerbangan itu dipilih kerana memperkenalkan konsep penerbangan
tambang murah di rantau ini dan menjadikan AirAsia sebagai jenama global
terkemuka. Tony Fernandes juga telah
melakukan transformasi dalam landskap penerbangan sejak mengambil alih
AirAsia yang berdepan masalah kerugian pada 2001.Beliau kemudian memperkenalkan
konsep penerbangan tambang murah menerusi falsafah korporatnya, iaitu Kini
semua orang boleh terbang. Tony
Fernandes juga turut menjalankan
perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune
Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City
(KLEC).
Sikap
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang
komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi dan cekal dalam setiap usahanya
sehingga membuahkan hasil terutamanya mengeluarkan diri dan keluarga dari
kepompong kemiskinan. Dengan sikap yang dimilikinya tidak mustahil bagi dirinya
untuk mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini kerana hanya segelintir orang
sahaja yang memiliki sikap seperti itu. Walaupun beliau tidak mempunyai
pendidikan formal di peringkat tinggi, ternyata beliau luas dalam pengalaman
hidup terutama jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi gurunya sehingga
dicatatkan sebagai Melayu terkaya di negara ini.
Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti
kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.
Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya
soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan
projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya
bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau
memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak. Jasa dan bakti
beliau terus mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai pihak
atas sumbangannya menerusi sektor perdagangan dan korporat, juga kebajikan
menerusi yayasan. Lantaran ketokohan beliau dalam bidang pengkoporatan dan
kemasyarakatan serta khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara, beliau
akhirnya telah dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Artikel Ketiga
Kelebihan Menjadi Usahawan
Berjaya dan Halangannya
Pada umumnya, usahawan
itu akan membangunkan perusahaan sendiri dengan satu alasan iaitu, ‘keinginan
tentang kekuasaan’. Mereka yakin bahawa dengan mempunyai kuasa, mereka dapat
melakukan segala-galanya dengan lebih lancar dan lebih efektif serta berjaya. Kuasa yang dimaksudkan
itu sebenarnya mencerminkan bahawa keusahawanan memberi mereka kebebasan
bertindak dan membuat keputusan kendiri, yakni kebebasan mengawal diri,
mengatur waktu, dan mengatur aktiviti-aktiviti perniagaan sendiri berbanding
dengan bekerja di pejabat. Pada pendapat mereka, bekerja di pejabat rutin
hariannya membosankan, birokrasinya panjang dan kaku, dan suasana kerja yang
tidak selesa.
Golongan usahawan pula
berpegang pada prinsip bahawa usahawan yang berjaya mampu meningkatkan taraf
hidup dan rasa hormat masyarakat kepadanya serta keluarganya. Masyarakat
memandang tinggi apabila meluhat seseorang yang menjalankan urus niaga tersebut
berjaya dalam kerjayanya. Oleh sebab itu, motif lain yang mendorong seseorang
menceburi dunia keusahawanan adalah untuk mendapatkan rasa hormat diri,
sekaligus meningkatkan imej sosialnya.
Banyak usahawan yang
memiliki perniagaan sendiri tidak perlu memikirkan elemen kenaikan pangkat atau
gaji. Sebaliknya, faktor keuntungan dan kerugianlah yang menjadi pertaruhan
mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai pertimbangan samada mampu atau
tidak perniagaan itu dikendalikan dengan baik dan menguntungkan ataupun
sebaliknya. Andainya perniagaan yang diusahakan menemui kegagalan, mereka tidak
berputus asa, sebaliknya mereka memikirkan tindakan alternative untuk
memulihkannya.
Golongan usahawan pula
berpegang pada prinsip bahawa usahawan yang berjaya mampu meningkatkan taraf
hidup dan rasa hormat masyarakat kepadanya serta keluarganya. Masyarakat
memandang tinggi apabila meluhat seseorang yang menjalankan urus niaga tersebut
berjaya dalam kerjayanya. Oleh sebab itu, motif lain yang mendorong seseorang
menceburi dunia keusahawanan adalah untuk mendapatkan rasa hormat diri,
sekaligus meningkatkan imej sosialnya.